BUSINESS TOPUP, DYXYCOSMETICS, TUPPERWARE my life journey
Assalamualaikum..
Dah lamaaa sangat tak update blog. Last update, tahun 2013. Sekarang, 21/9/2017. 4 tahun lamanya!!!
Banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang 4 tahun ni. Things that i never ever imagined to happened!
Hujung tahun 2013, ayah kandungku meninggal. Arwah abah meninggal disebabkan oleh Hepatitis C. Tidak lama selepas itu, ibu kandungku juga disahkan menghidap Hepatitis C yang berkemungkinan besar berjangkit daripada abah. Sekarang, ibu kandungku berulang-alik ke hospital untuk menerima rawatan susulan.
20 April 2014, perkara yang paling tidak diduga berlaku!! Ada orang merisik aku!! Cikgu catur ku sendiri yang aku jumpa semasa pertandingan catur peringkat kebangsaan di Perlis. Aku terkesima kerana aku langsung tiada perasaan pada cikgu aku itu malah jauh sekali aku berfikir untuk bersama beliau sehingga akhir hayat ku. Aku serahkan kepada ibu kandung ku untuk membuat keputusan kerana aku tahu ibu aku tahu apa yang terbaik. Aku beritahu kepada ibuku supaya membuat keputusan ini tetapi sebelum itu aku berkata yang aku memang tidak ada perasaan pada cikgu tersebut lagipun situasi aku masih lagi belajar. Jadi, tidak mungkin aku boleh kahwin! Lagi satu, tiada lagi senior2 aku yang ambil kos sama dengan aku, perubatan veterinar yang kahwin masa 2nd year study. Aku pergi ke asrama seperti biasa dan menganggap perkara ini tiada apa2 yang perlu difikirkan sangat.
NAMUN, petang tu juga aku mendapat call daripada ibu aku mengatakan yang ibu aku telah bersetuju untuk mengahwinkan aku dengan alasan yang at least ada orang yang boleh jaga aku kerana arwah abah sudah tiada. Jika terjadi apa2 kepada ibu aku, apa nasib aku aku dan adik2 aku?? apa nasib pelajaran aku, mampukah aku habiskan 5 tahun study di UMK?? Aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya tangisan yang membasahai pipi mengenangkan nasibku yang terpaksa berkahwin awal malah dengan lelaki yang aku tidak cintai.
Betapa hancurnya hatiku mengenangkan kehidupan single aku bakal berakhir. 25 April 2014, aku sah menjadi isteri Tengku Ahmad Mosdique bin Tg Ariffin namun dengan syarat yang aku masih tidak bersedia untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dari segi nafkah batin. Alhamdulillah, suami aku memahami perasaan aku dan sanggup menunggu aku menerimanya tanpa apa2 persoalan.
Masih panjang cerita aku dan suami aku dalam menempuh alam perkahwinan, macam mana aku boleh jatuh cinta pada suami aku sendiri dan macam2 lagi! Aku rasa sampai esok pun tak habis kalau cerita pasal ni. Mungkin aku akan buat satu lagi entry baru menceritakan tentang ini.
Apapun, pendekkan cerita, aku hidup bahagia bersama suami aku. Sekarang, aku mengandungkan anak pertama kami setelah aku tamatkan pengajian aku di universiti. Bulan October nanti, aku akan konvo dengan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar! Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah SWT berikan.
Perjalanan untuk menamatkan pengajian ijazah aku bukan mudah. Banyak halangan2 dan liku2 yang perlu ditempuhi. Pengajian Veterinar langsung tidak sama dengan kos2 lain. Korang kena kuat sangat2 kalau tidak, korang akan berhenti separuh jalan. Senior aku, yang dah capai tahun 3 dan nak masuk klinikal year pun sanggup berhenti. Batch aku sendiri, daripada total 40 orang, hanya 38 yang kekal. Itu pun, hanya 37 orang yang boleh konvo.
Betapa 'tough'nya kos ni, sebelum korang decide nak ambil kos ni, korang fikir dulu terutama sekali semasa clinical year. Sanggup tak korang masuk klinik setiap hari, daripada pagi sampai malam, kena tengking dengan clinician dan pensyarah kalau tak prepare, keesokan harinya kena present case depan semua student lain dna pensyarah seorang diri. Bertubi2 soalan yang ditanya perlu dijawab (maksudnya korang memang kena prepare2 betul2 kalau tak malu depan junior/senior sebab kena marah depan2), dan yang paling2 ultimate goal adalah korang kena pass comprehensive exam.
Akan ada 3 orang examiners yang akan soal anda apa yang anda belajar daripada tahun 1 hingga tahun 5 sendirian, pastu akan ada soalan essays dan MCQs. Kalau pass, baru anda akan dapat grad dan dapat tittle Dr. Tapi kalau tak pass, stay la anda kat sana lagi sampai pass CE. Tak kira anda dapat dean list setiap sem, kalau tak pass CE, kena stay kat universiti sampai pass CE. Scary kan??? Banyak benda lagi nak verita pasal Perubatan Veterinar, tips2 study, macam mana nak pass CE, macam2 lagi. Nanti aku buat entry pasal ni juga (hope ada masa banyak)
Ok, cukup untuk perkara2 lepas. Sekarang, aku tengah ambil master khususnya dalam bidang nanotechnology dan microbiology. Tapi aku tak start lagi. Aku masih menunggu untuk jawatan Research Grant Assistant daripada supervisor aku, Dr Fadhilah. At least, dapat gaji sambil sambung study, Aku juga tengah tunggu interview untuk biasiswa Zamalah daripada UMK. Apa yang bestnya biasiswa zamalah ni, korang ada high chance untuk menjadi lecturer di UMK tapi pada masa yang sama, UMK tidak mengikat kontrak dengan anda. Jadi, anda dapat duit elaun setiap bulan daripasa UMK malah yuran semua tu, UMK juga tanggung. Best kan? So, korang yang student umk juga, berniat nak sambung master, jangan segan2 msej je kalau nak tahu apa tu Zamalah dan apa2 la. :)
Sekarang, aku cuma kena menunggu jawatan Research Assistant dan interview zamalah at the same time buat proposal. Ni yang paling aku liat sekali, buat proposal. Fuhh...kena paksa diri siapkan proposal secepat mungkin. Nanti apa kata supervisor aku pula.
Selain daripada buat proposal ni, aku ada join business sikit. 3 jenis business je aku join dengan harapan aku dapat la duit tambahan untuk diri aku dan keluarga aku. Aku bukan hebat sangat bab2 business ni. Cuma aku berharap sangat dapat menjadi businesswoman yang berjaya suatu hari nanti. Dengan tu, aku dapat bantu keluarga aku kat kampung malah aku dapat membantu suami aku dalam menyenangkan hidup seharian kami. Insha Allah rezeki anak dalam perut, boleh bantu mama tambahkan rezeki melalui perniagaan. Apapun, berharap saje apa guna kan kalau tanpa usaha!!

Ok, sekarang ni nak cerita tentang business yang aku join. Cerita secara ringkas je. Nanti aku buat entry lain untuk setiap business. Yang pertama, aku join business topup! Aku sekarang dah di upgrade kepada miniservervip untuk topup niaga network. Jadi, aku boleh daftar sesiapa sahaja untuk menjadi dealer topup ataupun agent topup. Orang lain juga boleh beli topup dan bayar bil dengan aku. Apa yang best perniagaan topup ni, korang boleh dapat harga topup LEBIH MURAH daripada pasaran!! Korang juga tak perlu nak membazir minyak kereta dan tenaga untuk membeli topup atau membayar bil di KEDAI!! Dan yang lagi best, korang dapat jana SIDE INCOME apabila kawan2 korang beli topup dengan anda. Untuk pertanyaan lebih lanjut, follow official instagram saya, @topup4allbyanisa atau whatsapp saya, 0145187235.
Business yang ke-2 aku join, adalah perniagaan alat kosmetik, dyxy. Follow @dyxybyanisa untuk pertanyaan lebih lanjut. Dyxy kosmetik ni, dia ada bc cream, green tea face mist dan juga brush dia yang superb best. Bccream adalah mineral based, ada vitamin E, SPF50 manakala green tea facemist boleh kecutkan jerawat. Korang tahu sendiri kan kebaikan green tea?? Yang dia, dia dalam bentuk face mist jadi boleh sembur je kat muka bila2 masa untuk kebaikan kulit kita. Kenapa aku join business ni, sebab permintaan yang tinggi kerana #dyxykosmetik ni ramai artis pakai dan effect glowing yang korang akan dapat bila pakai yang mana korang akan flawless dalam masa 3 saat. Besttkan?? Kebaikan pun kornag dapat daripada penggunaan kosmetik tidak seperti kosmetik2 lain di pasaran yang boleh menyebabkan kita prone kepada jerawat.
Last sekali, business tupperware. Tupperware memang dah lama gah dengan jenamanya yang memang berkualiti dan ramai yang memang dah menjadi peminat tupperware. Jadi, apa yang aku perlu buat cuma promote produk2 baru tupperware, pastikan customer2 tahu kelebihan berbanding produk2 lain dari segi kualiti dan selamat untuk digunakan. Cari peminat tupperware dan jual dengan harga yang sedikit murah seperti yang aku dapat sebagai ahli tupperware. Untuk tupperware ni, aku tak start lagi menjual smua tu sebab masih lagi menunggu proses pendaftaran. Lama juga dia ambil masa.
Berakhir sudah entry aku kali ni. Hope korang dapat manfaat dan enjoy dengan jalan cerita hidup aku. Terima kasih sudi baca sampai habis..

Comments
Post a Comment